F Ajak Fattah 'Dating' Demi Cari Keserasian - Fazura | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ajak Fattah 'Dating' Demi Cari Keserasian - Fazura

Aktres jelita Fazura, mendedahkan beliau banyak meluangkan masa bersama Fattah Amin sepanjang di set pengambaran drama terbaharu, Hero Seorang Cinderella.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, pendekatan itu bertujuan untuk membina keserasian mereka berdua dalam menjayakan watak masing-masing bagi drama yang diadaptasi dari novel itu.

"Masa hari pertama penggambaran, saya nampak dia gementar. Saya pun gementar juga. Jadi saya pun cakap pada dia, "lepas ni kita kena dating lah".

"Jadi sepanjang di set kami selalu luangkan masa bersama, makan bersama dan berbual. Sebab dengan cara itu mudah untuk kami berdua bina keserasian untuk watak masing-masing. Sebelum ini pun, ketika bergandingan dengan Keith Foo dalam filem Langit Cinta, saya buat perkara yang sama," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video karaoke lagu Nothing Like Pag Ibig, berkolaborasi bersama penyanyi popular Filipina, Jason Dy.

Bintang realiti E! Facing Up to Fazura ini bagaimanapun menegaskan kemesraannya dengan aktor tinggi lampai itu hanya sekadar di lokasi penggambaran. Pun begitu, dia terbuka dan bersedia sekiranya timbul gosip mengenai hubungan mereka malah menganggap ia satu perkara biasa.

"Kami hanya luang masa bersama sepanjang di lokasi saja dan apabila selesai penggambaran masing-masing buat hal sendiri. Kalau ada gosip tentang kami, bagi saya itu perkara biasa," tuturnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Fazura memuji lakonan Fattah sudah banyak peningkatan dan tidak lagi 'kayu'sepertimana yang pernah dilabel oleh sesetengah pihak terhadap pelakon lelaki itu, ketika di awal kemunculannya dalam industri lakonan.

Katanya, Fattah mempunyai bakat besar cuma mungkin selama ini dia belum betul-betul berpeluang membuktikan kredibilitinya.

"Saya rasa Fattah bukan pelakon kayu. Bakat dia besar cuma mungkin selama ini dia takut nak tunjukkan sepenuhnya," puji Fazura apabila diminta mengulas mengenai lakonan 'heronya' itu.

"Mungkin juga disebabkan kata-kata orang sebelum ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya. Tapi saya yakin untuk drama kali ini, ada banyak yang akan dia buktikan," tambahnya lagi.

Pada 11 Mei ini, Fazura bersama Fattah serta beberapa pelakon lain akan berangkat ke Belgium bagi menyambung penggambaran drama terbabit selama sembilan hari. Drama arahan Michael Ang ini bakal ditayangkan mulai 22 Mei ini.

Sementara itu, bercerita pula mengenai single Nothing Like Pag Ibig, Fazura berkata dia teruja berpeluang berkolaborasi dengan penyanyi berbakat Filipina.

"Muzik berupaya melangkaui batas dan negara. Saya rasa bertuah dan bersyukur dapat bekerjasama dengan penyanyi berbakat dan popular seperti Jason.

"Kami begitu seronok merakamkan lagu ini, seperti bekerja dengan rakan baik sendiri,"katanya yang akan menemani Jason dalam sesi jelajah promosi di Malaysia.

Selain itu, mereka akan membuat persembahan di Festival Filem.Antarabangsa ASEAN di Kuching, Sarawak pada 6 Mei 2017.
ot;1" />
Powered by Blogger.