Berita Terkini
recent

Aizat Semakin Pandai Urus Hidup Sendiri

Sejak keluar berpindah daripada rumah ibunya kira-kira lapan bulan lalu, penyanyi dan komposer Aizat Amdan, 28, mengakui dia kini semakin dapat menyesuaikan diri serta tahu menguruskan hidup sendiri.

Memetik laporan mStar online, Aizat berkata, tiga bulan pertama, dia tidak menghubungi ibu untuk benar-benar memberi rasa rindu kepada keluarganya.

"Pada tiga bulan pertama saya sengaja tidak menghubungi ibu kerana nak tengok dia rindu atau tidak bila saya pindah. Lagi pula saya juga ingin biasakan diri, maklumlah 26 tahun saya duduk dengan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Aizat merancang membawa bapa kandungnya Datuk Amdan Mat Din untuk tinggal bersama di rumah yang didudukinya kini.

Katanya, sebagai anak lelaki, dia menganggap ini merupakan masa yang sesuai untuk mengalas tanggungjawab menjaga bapanya yang kini sudah berusia 60 tahun.

"Insya-Allah tidak lama lagi, saya akan bawa ayah tinggal bersama-sama di rumah itu.

"Dia pun kini sudah tidak bekerja dan tinggal sendiri, jadi saya berpakat dengan adik beradik bahawa ini masanya kami menjaganya. Ibu saya kini tinggal bersama ayah tiri," ujarnya.

Mengenai perkembangan seni, Aizat kini dalam usaha mengembangkan projek dikenali kilang komposer yang bertujuan memberi platform kepada pencipta lagu baharu.

Katanya, projek tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada komposer baru tentang proses hak cipta mereka.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.