Berita Terkini
recent

Afgan Buka Mulut Isu 'Pre-Wedding' Dengan Rossa di Turki

Hubungan akrab di antara Afgan dan Rossa memang sedia diketahui umum. Malah mereka sering digosipkan menjalin hubungan cinta meskipun keduanya sudah beberapa kali menafikan dakwaan tersebut.

Terbaharu, timbul dakwaan dua penyanyi popular ini pergi bercuti di Turki baru-baru ini sekaligus dikatakan menjalani sesi fotografi pra-perkahwina mereka.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Afgan akhirnya tampil mengakui dia memang mengikut Rossa pergi bercuti di Turki. Bagaimanapun pelantun lagu hits Jodoh Pasti Bertemu ini menyangkal dakwaan dia dan Rossa menjalani sesi fotografi pra perkahwinan.

"Seronok sangat tambahan pemandangannya sangat cantik, naik balon udara, jalan-jalan melawat tempat sejarah Islamik di sana," ujar Afgan.

"Disana Ocha (panggilan manja Rossa) menjalani fotografi untuk kerjanya, jadi saya tidak ganggu. Ocha ke sana juga bersama pengurusannya. Saya ikut saja keran mahu jalan-jalan juga," katanya seperti yang dilaporkan Kapanlagi.com

Menurut Afgan, walaupun sibuk dengan kerja namun dia sebolehnya akan mencuri masa untuk bercuti dan menjelajah ke merata di dunia.

"Saya memang tahun ini berazam ingin tiap bulan ada satu tempat baru, jadi saya sebenarnya yang mahu ikut.

"Sambil bercuti, sambil mencari inspirasi untuk karya saya," katanya.

Hubungan mesra Afgan dan Rossa selama ini pernah menimbulkan kontroversi.

Selain kerana status Rossa yang merupakan seorang ibu tunggal, keduanya juga mempunyai perbezaan usia yang jauh. Rossa berusia 38 tahun, manakala Afgan berusia 27 tahun.
Powered by Blogger.