F Adira Pantau Pembantu Jaga Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Adira Pantau Pembantu Jaga Anak

SEMENJAK akhir-akhir ini banyak kes penderaan terhadap bayi yang ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh atau pembantu rumah.

Senario itu membuatkan ramai ibu-bapa takut hendak memberi kepercayaan kepada orang lain menjaga zuriat mereka.

Bagi penyanyi Adira, walaupun dia menggunakan khidmat pembantu bagi menjaga anaknya, Anggerik namun dia sentiasa memastikan aktiviti pembantunya itu dipantau.

"Alhamdulillah pembantu saya okey setakat ini dan banyak membantu saya dalam menguruskan Anggerik.

"Pada awalnya bimbang juga tetapi saya ini ada gerak hati apabila mengenali seseorang dan perasaan yang baik apabila berjumpa dengan pembantu.

"Tetapi itu tidak bererti saya tidak melakukan pemantauan kerana ingin berjaga-jaga," katanya .

Faktor pembantunya yang sudah lama menetap di negara ini dan mempunyai tiga anak juga membuatkan dia bertambah lega kerana yakin dia lebih memahami naluri seorang ibu.

"Saya berat hati juga untuk ambil pembantu tetapi wanita ini suami saya yang cari dan dia pun sudah lama berada di Malaysia dan mempunyai tiga orang anak.

"Jadi sedikit sebanyak saya berasa lega kerana dia (pembantu) juga seorang ibu selain mempunyai banyak pengalaman," katanya.

Dalam pada itu, Adira berkata, seperti kebanyakan ibu lain, dia juga berasa berat hati apabila perlu meninggalkan anaknya untuk keluar bekerja.

Bagaimanapun katanya, dia akan membawa anaknya jika keadaan mengizinkan atau memastikan dia pulang ke rumah secepat mungkin selepas selesai bekerja.

"Sejak bergelar ibu hati itu sentiasa teringat pada anak sahaja dan kalau keadaan mengizinkan memang saya bawa dia ke mana sahaja saya pergi.

"Anggerik pula masih menyusu badan, jadi kalau tidak bawa dia bersama saya akan pulang segera ke rumah sejurus selesai kerja," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Adira berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Malah dia kini sudah kembali aktif mem


ot;1" />
Powered by Blogger.