Berita Terkini
recent

Adik Paris Hilton Ditahan Polis

ADIK kepada Paris Hilton iaitu Conrad Hilton dilaporkan ditahan pihak berkuasa selepas memecah masuk rumah ibu bekas teman wanitanya iaitu Hunter Solomon.

TMZ melaporkan tindakan pewaris rangkaian Hotel Hilton itu juga telah melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadapnya agar tidak mendekati wanita itu pada 2015.

Dalam satu kejadian dua tahun lalu, Conrad cuba memecah masuk rumah Hunter sehingga membuatkan wanita itu trauma sebelum mendapatkan perintah mahkamah agar lelaki itu tidak mendekatinya.

Hunter sebelum itu bertindak berani apabila mencuri kereta Bentley milik bapa Hunter iaitu Rick Solomon.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Balai Polis Los Angeles sebelum diikat jamin sebanyak AS$60,000 (RM240,000).
Powered by Blogger.