F ABPBH3.0: Fattah Bintang Paling Popular! Raih RM150,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

ABPBH3.0: Fattah Bintang Paling Popular! Raih RM150,000

Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan rentetan cerita sensasi membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82,635 undi, Fattah menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Janna Nick, selain menghampakan Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.

Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Berikut keputusan penuh ABPBH 3.0

Bintang Paling Popular - Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Ella

Artis Baharu Lelaki Popular - Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular - Sweet Qismina

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana

Pengacara TV Popular - Neelofa

Penyampai Radio Popular - Radin

Artis Versatil Popular - Ifa Raziah

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Akim & The Majistret

Artis Komedi Popular - Zizan Razak

Pelakon TV Wanita Popular - Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular - Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama - Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

Gandingan Serasi Filem - Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

Personaliti Media Sosial - Makhlokmacho

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial - Neelofa

Artis Sensasi - Fattah Amin

Powered by Blogger.