F Zaim Damia dapat anak lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zaim Damia dapat anak lelaki

 Isteri kepada pengacara program CJ Wow Shop Zaim Helmi Zaini iaitu Nurdamia Mohamed Nasir, 29, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah hospital di Shah Alam jam 11.50 pagi tadi.

Zaim, 30, berkata bayi lelaki yang diberi nama Zaaef Al-Ikhlas Zaim Helmi dilahirkan secara pembedahan.


"Isteri terpaksa melalui proses pembedahan disebabkan bayi dalam kandungan besar iaitu 3.9 kilogram. Jadi doktor menasihatkan untuk tidak bersalin secara normal.

"Alhamdulillah sepanjang proses bersalin semuanya berjalan lancar. Isteri saya sangat tenang malah saya pula yang menangis," katanya kepada Harian Metro.


Zaim turut berkongsi yang mana dia mengalami demam panas sehari isterinya dimasukkan ke hospital kerana terlalu gementar menunggu detik itu.

Zaim yang juga pengacara program Malaysia Hari Ini memberitahu dia dan isterinya memilih tarikh hari ini untuk menjalani pembedahan.

"Saya bersyukur isteri dan anak dalam keadaan baik. Insya Allah mereka dibenarkan keluar hospital Rabu ini.

"Isteri juga menjalani proses berpantang di rumah mentua yang terletak di Ampang. Jadi sepanjang tempoh itu saya perlu berulang alik," katanya.

Zaim dan Damia berkahwin pada 25 Disember tahun lalu.
Powered by Blogger.