F Yang kena tendang penjaga stor, bukannya polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yang kena tendang penjaga stor, bukannya polis

Dakwaan yang mengatakan bahawa seorang peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh ahli Baju Merah baru-baru ini merupakan anggota polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menafikan perkara tersebut malah beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan seorang penjaga stor di sebuah agensi kerajaan.

“Siasatan masih dijalankan buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, beberapa laman sosial dan portal mendakwa bahawa lelaki yang ditendang kumpulan baju merah dalam siri konvoi Bersih 5 baru-baru ini merupakan seorang anggota polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi telah diserang dan ditendang oleh kumpulan baju merah ketika konvoi berkenaan yang berlangsung Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abdul Samah memaklumkan bahawa bagi kes tersebut, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Powered by Blogger.