F Watak komedi popularkan Anna Kendrick | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Watak komedi popularkan Anna Kendrick

ANNA Kendrick mungkin tidak seperti aktres muda Hollywood lain yang rata-ratanya memiliki paras menawan dan jelita, namun pelakon ini juga punya aura tersendiri hingga melayakkannya untuk berada dalam posisi selesa dalam dunia seni antarabangsa kini.

Memulakan langkah seni pada usia muda, Anna yang kini berusia 31 tahun mula dikenali selepas memainkan peranan utama dalam pementasan broadway berjudul High Society pada 1998, lalu memberikan peluang buatnya untuk berada sebaris dalam nominasi Best Featured Actress in a Musical di Anugerah Tony.

Sejak itulah, namanya mula disebut-sebut hingga membelakangkan parasnya yang tidaklah secantik pelakon lain yang seumpama ratu cantik. Atas tiket bakat, pesona pelakon yang berasal dari Los Angeles kian menampakkan sinar.

Antara filem hits yang lakonannya adalah seperti Twilight, Up In The Air dan banyak lagi. Namun skala popularitinya kian mencanak naik selepas memegang peranan utama dalam filem komedi berjudul 50/50.

Sejak itulah, namanya sinonim dengan watak yang humor. Lakonan bersahaja dan selamba Anna ternyata menjadi senjata buatnya untuk terus menawan pencinta filem seluruh dunia.

Karakternya yang menyenangkan itu sekali lagi diteruskan menerusi filem Mike and Dave Need Wedding Dates. Terdahulu, dia turut berlakon dalam filem komedi muzikal, Pitch Perfect. Untuk rekod, filem Pitch Perfect memberi tuah buat pelakon ini untuk lebih kenali dan sequel ketiganya khabarnya bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Apa pun, Anna nyata tidak mahu kekal statik dengan satu jenis watak sahaja apabila sesekali mengambil peluang untuk melakonkan watak yang lebih serius misalnya di dalam filem The Accauntant bersama aktor kacak, Ben Affleck.

Filem yang menelan belanja lebih ASD 40 juta itu merupakan sebuah filem thriller arahan Gavin O’Connor dan bakal ditayangkan di seluruh dunia pada penghujung Oktober ini.

Selain Anna, pelakon lain yang turut sama terbabit dalam filem ini ialah JK Simmons, Jon Bernthal dan Jeffry Tambor.
Powered by Blogger.