F Wan Azlyn mahu berjaya di China | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wan Azlyn mahu berjaya di China

WALAUPUN baru berusia 16 tahun, tetapi gadis kelahiran Pulau Pinang ini sudah bercita-cita mahu menggegarkan dunia hiburan di peringkat antarabangsa.

Dengan menggunakan nama panggilan 'Darling', Wan Azlyn memiliki kemampuan luar biasa kerana fasih menyanyi lagu dalam 10 bahasa, antaranya Melayu, Cina, India, Thailand, Korea, Jepun, Inggeris, Arab, Hokkien dan Kantonis.

Anak bongsu daripada enam beradik ini sudah memasang impian untuk menjejaki langkah penyanyi terkenal, Sheila Amzah menempa nama di China.

Wan Azlyn kini berada di tingkatan empat di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah. Melalui kakak angkatnya, Aisha Daarnish, dia telah melahirkan single sulung bertajuk Takkan Dia bersama Viral, terbitan FMC Music.

Ketika berusia 6 tahun, atas galakan ayahnya, dia berpeluang menunjukkan bakat nyanyian di atas pentas sehingga memenangi beberapa pertandingan.

Pada 2012, Wan Azlyn mula diberi perhatian ramai apabila meraih naib juara dalam pertandingan Idola Kecil, anjuran TV9.

Wan Azlyn yang ditemu bual oleh China Press baru-baru ini, berharap dengan kelebihannya menyanyi 10 bahasa berasingan dengan fasih, dirinya boleh mudah dikenali dan disukai oleh peminat tanpa mengira kaum.

Selain sibuk mengikuti pelajaran di sekolah, jadual kehidupan Wan Azlyn turut dipenuhi dengan undangan menyanyi di seluruh negara. Secara purata, dia akan menerima sekurang-kurangnya 10 undangan persembahan pentas di beberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Johor, sehinggalah ke Sarawak.

Wan Azlyn berkata, waktu cuti sekolah adalah waktu yang paling sibuk baginya kerana ketika itulah banyak undangan nyanyian akan diterima.
Powered by Blogger.