F Wak Doyok Redha Putus Cinta Dengan Azrinaz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wak Doyok Redha Putus Cinta Dengan Azrinaz

Personaliti fesyen dan pengacara, Wak Doyok menjelaskan tiada persefahaman menjadi punca percintaannya dengan bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, putus di pertengahan jalan.

Memetik laporan BH online, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 37, berkata walaupun berdepan dengan saat sukar seperti itu namun beliau tetap tabah dan tenang menghadapinya.

"Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa.

"Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan," kata pengacara program Ke Korea Ke Kita ini.

Berita putus cinta antara pasangan itu tersebar sebaik saja personaliti terbabit memuat naik status di laman sosial Twitter yang menggambarkan situasi yang dialaminya ketika ini.

Mengenai berita pertunangannya seperti yang tersebar Julai lalu, Wak Doyok berkata, itu hanyalah khabar angin semata-mata.
Powered by Blogger.