Berita Terkini
recent

'Video Star' & 'Jealousy Incarnate' Ditegur Papar Adegan Kurang Sesuai

LEMBAGA Penapisan Televisyen Korea menegur program televisyenVideo Star dan drama Jealousy Incarnate yang dianggap mengandungi adegan tidak bersesuaian pada masa penyiaran.

Video Star merupakan program yang mengajar kaum wanita untuk bergaya seksi dan mengoda itu didakwa telah disiarkan pada waktu kanak-kanak sedang menonton televisyen.


Sementara itu, seperti dipetik Soompi, drama Jealousy Incarnate yang mendapat rating tinggi ditegur apabila terdapat adegan dianggap tidak bersesuaian dan mengudang perbuatan tidak bermoral.

Adegan berkenaan ialah pelakon Pyo Nari lakonan (Gong Hyo Jin) yang memeggang dada Lee Hwa Sin (Jo Jung Suk) yang disiarkan pada episod awal.

Kedua-dua program tersebut menerima amaran disiplin daripada pihak lembaga penapisan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.