F Video parodi popularkan Nizam Rahman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Video parodi popularkan Nizam Rahman

HANYA berbekalkan idea kreatif dan telefon pintar, siapa sangka orang biasa juga mampu dikenali dengan cara tersendiri.

Tambahan pula, kebanjiran aplikasi di jaluran media sosial memberi ruang buat insan kreatif untuk membina nama, sekali gus mengumpul peminat tersendiri di alam maya.

Itu yang dilakukan pemuda yang berasal dari Melaka, Nizam Rahman yang kian dikenali kerana sering memuat naik video parodi.

Selain paparan adegan mencuit hati, gaya serta aksinya yang lucu pantas mendapat likes yang tinggi daripada pengguna media sosial.

Sehingga kini, dia sudah mempunyai lebih 96,749 pengikut di Facebook, 56,800 di Instagram dan menerusi laman YouTube rasminya, pemuda berusia 25 tahun ini sudah boleh berbangga penghasilan lebih 50 buah video parodi yang menghiburkan.

Antara video yang paling mencuri tumpuan ialah video yang telah dimuat turunnya di Instagram perihal wanita yang sanggup bergaduh berebut seorang lelaki.

Setakat ini, video yang berdurasi satu minit itu, sudah ditonton lebih 56,404 kali dan ini pastinya menjadi semangat buatnya untuk terus menghiburkan peminatnya di media sosial.

Bagi mengeratkan hubungan bersama peminatnya juga, Nizam turut mencipta #nizamlovers yang sekali gus menjadi penghubung buatnya dalam berkomunikasi dengan pengguna media sosial yang lainnya.

Pada penghujung September lalu, pemuda ini turut mempunyai akaun Instagram khusus buat pengikutnya iaitu @nizamlovers.

Selain paparan aksi yang mencuit hati, Nizam atau nama sebenarnya Hairul Nizam Abdul Rahman juga menyelitkan artikel dan gambar berkenaan hal berkaitan kebajikan, selain kata-kata pujangga di laman Facebook rasmi miliknya sebagai salah satu inisiatifnya dalam menyokong kesedaran tanggungjawab sosial.
Powered by Blogger.