F Usher Pukau Lebih 20,000 Penonton di Konsert F1 Malaysia 2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Usher Pukau Lebih 20,000 Penonton di Konsert F1 Malaysia 2016

Bintang R&B sensasi, Usher, berjaya memukau lebih 20,000 penonton dengan persembahan cukup bertenaga pada konsert yang berlangsung di Starstand (B Hillstand), Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad lalu.

Ini merupakan kali kedua Usher membuat persembahan di Malaysia selepas pernah mengadakan konsert solo menerusi rangkaian konsert jelajah "OMG Tour Asia" yang berlangsung di Stadium Bukt Jalil, pada Julai 2010.

Kali ini, Usher atau nama sebenarnya, Usher Raymond IV, diterbangkan khas dari Amerika Syarikat oleh Sepang Internatinal Circuit (SIC) selaku penganjur bersempena meraikan parti pasca Perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia 2016.

Podium bagi perlumbaan edisi 18 tahun ini menyaksikan pasukan RedbullRacing yang diwakili pelumba Daniell Ricciardo menjadi juara, manakala rakan sepasukannya Max Verstappen meraih naib juara sementara Nico Rosberg mewakili pasukan Mercedes AMG Petronas di tempat ketiga.

Selama satu jam setengah, penghibur berusia 37 tahun kelahiran Dallas, Texas, ini beraksi menghiburkan penonton. Diiringi pemuzik live, selain vokal yang mantap, bapa kepada dua cahaya mata ini mempamerkan aksi lincah menari tanpa henti sejak dari permulaan persembahan hingga akhir konsert.

Memulakan persembahan kira-kira jam 7.50 malam, konsert dibuka dengan lagu seperti OMG, She Come To Give It To You, Good Kisser, Missing You dan You Make Me Wanna.

"Apa khabar semua?! Saya sangat teruja dapat kembali semula ke sini untuk menghiburkan anda semua malam ini. Kali pertama sewaktu saya datang ke sini beberapa tahun lalu untuk mempromosikan lagu dan album saya.

"Jadi, apa kata kalau saya persembahkan anda lagu-lau ini, kalau anda semua masih ingat boleh ikut menyanyi bersama-sama," kata Usher sebelum meneruskan persembahan.

Pemenang Anugerah Grammy kemudiannya membawa peminat mengimbau koleksi lagu hits yang sekaligus pernah meletakkan beliau di kelas tersendiri. Antaranya seperti lagu U Remind Me, Burn, Cilmaxx, Crash, You Got It Bad, My Boo, No Limit, Confession, Love In This Club, Riva, Caught Up dan U don Have To Call

"Terima kasih kepada anda peminat yang saya sayangi kerana terus menyokong saya sehingga saat ini juga kepada mereka yang terhibur pada malam ini. Jika tanpa sokongan anda, rasa saya tidak akan mampu berada di tahap ini. Tiada apa yang saya balas selain akan terus memberikan yang terbaik untuk kalian dan ucapan terima kasih," tuturnya.

Kemudian beliau mengajak penonton menyanyi bersama lagu Without You (lagu popular menerusi kolaborasinya bersama DJ terkenal David Guetta). Seterusnya suasana tambah rancak dengan dendangan lagu DJ Got Us Fallin' in Love dan Yeah sebagai penutup konsert.

Terdahulu, kira-kira satu jam sebelum persembahan Usher, penonton dihiburkan dengan persembahan band Back to Basic. Turut menghangatkan lagi suasana, penampilan istimewa selebriti jelita, Fazura yang mendendangkan singlenya berjudul Sayangi Dirimu.


Powered by Blogger.