F Ubahsuai kereta untuk lumba haram | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ubahsuai kereta untuk lumba haram

Pemandu kereta Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan tiga penunggang motosikal maut di Jalan Salor Baru, di sini kelmarin, ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Baharom Abu berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat jam 2.30 petang, semalam.

“Hari ini (semalam), suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu dan dikenakan reman selama empat hari berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga Khamis,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal terhadap lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu mendapati negatif dadah, namun kereta yang digunakan suspek didapati diubahsuai dipercayai bertujuan lumba haram.

“Kereta ini menggunakan enjin Honda yang diubahsuai, dalaman dan luaran juga berkeadaan seperti kereta yang digunakan untuk berlumba serta cukai jalannya juga sudah tamat tempoh pada 2008, katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun, maksimum 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.

Kelmarin, Tan Cheng Ming, 15; Koh Kok Penn, 22, dan Wee Teck Ming, 19, masing-masing penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan yang turut melibatkan sebuah Proton Satria dan pacuan empat roda.
Powered by Blogger.