F Tinggalkan Kelab Malam, Azharina Tumpu Bisnes dan Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tinggalkan Kelab Malam, Azharina Tumpu Bisnes dan Anak

Sejak bercerai kira-kira sembilan tahun lalu, penyanyi Azharina Azhar, 31, mengakui belum terfkir untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih trauma untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Memetik laporan mStar online, Azharina berkata, sejak berstatus janda, dia terus meninggalkan aktiviti dunia sosialnya seperti tidak lagi ke kelab malam dan tidak membuat temujanji dengan mana-mana lelaki.

Rutinnya lebih tertumpu pada kesibukan menguruskan empat perniagaan miliknya di samping membesarkan anak lelakinya iaitu Rahmat Azaharin Aziz Mohamad Faizal yang berusia dua tahun.

"Selepas bercerai, saya betul-betul tinggalkan dunia sosial saya, tidak ke kelab malam apalagi nak buat temujanji dengan mana-mana lelaki kerana mungkin tak ramai lelaki berani nak dekat.

"Cukup saya katakan saya masih lagi trauma dengan perkahwinan lalu dan sekarang waktunya saya fokus pada empayar perniagaan saya dan anak yang semakin membesar,” katanya

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi ini merupakan antara 12 peserta yang akan menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketiga.
Powered by Blogger.