F Tertekan Sebab Nama Mirip Presiden Korea Utara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tertekan Sebab Nama Mirip Presiden Korea Utara

Aktres Kim Jung Eun mengakui berasa tertekan gara-gara bunyi sebutan namanya mirip nama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Pengakuan tersebut dibuat ketika beliau muncul dalam program bual bicara, Abnormal Summit, baru-baru ini.

Pelakon yang cukup popular menerusi drama Lovers in Paris ini berkata,

"Sebenarnya, saya berfikir untuk berkongsi tentang perkara ini hari ini. Sehinggakan kadangkala saya berfikir, 'Saya mahu menukar nama saya . Adakah itu normal? "

Malah wanita berusia 40 tahun ini berkata, dia menghadapi kesukaran untuk mencari berita mengenai dirinya sendiri di laman carian

"Apabila ada artikel mengenai saya, saya tidak boleh terus dengan mudah mencari mereka (walaupun saya sebenarnya mencari nama saya), tuturnya.
Powered by Blogger.