F Terima 13 Pencalonan AMA, Drake Pecah Rekod Michael Jackson | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terima 13 Pencalonan AMA, Drake Pecah Rekod Michael Jackson

PENYANYI rap iaitu Drake berjaya memecah rekod dipegang Michael Jackson apabila menerima 13 pencalonan pada Anugerah Muzik Amerika (AMA).


Michael sebelum ini pernah menerima 11 pencalonan pada acara pada tahun 1984 menerusi album Thriller.

Bekas teman wanitanya, Rihanna mendapat tujuh pencalonan manakala Adele dan Justin Bieber masing-masing dengan lima pencalonan.

Penyanyi R&B, Beyonce dan kumpulan Chainsmokers mendapat empat pencalonan pada acara itu.

Nominasi bagi kategori Artis Tahun Ini pula mencalonakan nama-nama besar seperti Adele, Beyoncé, Bieber, Drake, Selena Gomez, Ariana Grande, Rihanna, Twenty One Pilots, Carrie Underwood dan the Weeknd.

Senarai itu bagaimanapun hanya akan memperlihatkan persaingan lima terbaik sahaja selepas undian peminat dibuat sehingga 17 November depan.

Kategori Artis Baharu Terbaik pula mencalonkan Alessia Cara, The Chainsmokers, DNCE, Shawn Mendes dan Zayn Malik.

Senarai pencalonan bagi semua kategori AMA tahun ini dibuat berdasarkan penjualan album, jumlah lagu dimainkan dan aktiviti media sosial yang dibuat oleh majalah Billboard.

Pemenang akan ditentukan oleh peminat yang membuat undian di laman web AMA, Facebook dan Twitter.

Tahun lalu, One Direction membawa pulang trofi Artis Tahun Ini manakala lagu Blank Space oleh Taylor Swift Lagu Tahun Ini manakala Sam Hunt dipilih sebagai penerima trofi Artis Baharu Terbaik.

AMA bakal berlangsung pada 20 November depan di Microsoft Theater di Los Angeles.
Powered by Blogger.