F Tergamak biarkan pembantu rumah tak makan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tergamak biarkan pembantu rumah tak makan

FOTO yang memaparkan seorang pembantu rumah duduk di sebuah meja berasingan di samping keluarga majikannya di sebuah restoran menjadi perbualan hangat di Facebook, minggu ini.

Lebih menyedihkan apabila tiada sebarang makanan di atas meja pembantu rumah tersebut sementara keluarga majikannya menikmati makanan.

Foto berkenaan dimuatnaik Michael Fanny pada 23 September lepas dan dipercayai dirakam di Jakarta, Indonesia.

"Pembantumu sebahagian dari hidupmu, cerminan kemanusiaanmu. Bayangkan anda ada di posisinya, hp tidak pegang, diajak makan tidak.. Mata hanya mutar meliat sekeliling," tulis Michael yang dipercayai warga tempatan di Facebook.

Berpuluh-puluh ribu pelayar terutamanya pelayar dari Indonesia melahirkan rasa simpati terhadap keadaan pembantu rumah tersebut.

Sebahagian dari pelayar pula mengecam tindakan majikan berkenaan yang didakwa tidak bertimbang rasa.
Powered by Blogger.