F Tak Wujud Isu Perampas - Niena | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Wujud Isu Perampas - Niena

Pelakon baharu, Niena Baharun menafikan dakwaan dirinya menjadi punca pasangan pelakon Raja Afiq dan Anis Al Idrus putus cinta.

Memetik laporan Harian Metro, Niena, 23, berkata perkara itu sangat mustahil kerana dia sudah mempunyai kekasih sebelum mengenali Raja Afiq lagi.

Tidak mahu ambil pusing dengan dakwaan tersebut sebaliknya Niena menganggap ia sangat kelakar

"Saya yang mendengarnya pun tergelak. Pun begitu saya tak melatah kerana menganggap ia asam garam kehidupan anak seni.

"Diakui ramai kurang senang melihat seseorang mula meraih kejayaan. Jadi saya tak nak ambil pusing. Lagipun tak wujud isu rampas merampas,” katanya.

Niena yang juga pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz menjelaskan dia tidak tahu menahu kisah cinta pasangan itu kerana ia hal peribadi masing-masing.

Pada masa sama, Niena turut menafikan buah hatinya yang juga ahli perniagaan adalah kekasih orang seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

"Saya mengetahui berita ini apabila ada peminat tulis di laman sosial. Namun, tidak dinyatakan cerita apa.

"Apabila keluar di akhbar baru saya membacanya. Tak terkejut pun sebab ia bukan cerita betul,” katanya.
Powered by Blogger.