F Tak Sindir, Tiru Sesiapa - Elly Mazlein | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Sindir, Tiru Sesiapa - Elly Mazlein

Penyanyi dan pelaon Elly Mazlein menjelaskan kenyataan yang ditulis di laman sosial Instagram berserta beberapa hashtag baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu sebaliknya ia sekadar kenyataan.

"Siapa makan cili, dia akan terasa pedasnya. Apa yang saya tulis sekadar kenyataan di laman sosial itu dan kalau ada pihak terasa hati, saya tidak boleh kata apa-apa,” katanya.

"Sejak beberapa minggu lalu saya memuat naik beberapa gambar berserta kenyataan dan saya tidak mahu kaitkan dengan sesiapa. Tak sangka pula orang ramai kaitkan status-status itu dengan orang lain pula," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Antara hashtag yang ditulis Elly di laman Instagramnya adalah #BapaTakMelawatAnak, #BapaLepasTangan, #BapaKuOrangBujang, #KekasihBapaJealousTakBagiMelawatAnak, #KekasihkuDiperkatakanOrang dan #KekasihkuKononnyaDiFitnah.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah, secara kebetulan ada persamaan dengan foto yang dimuat naik pelakon Faye Kusairi beberapa hari sebelum itu.

"Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya," katanya lagi.
Powered by Blogger.