F Siti: Tidak Faham Mak Nyah, Agamawan Gagal Ubah Safiey Ilias | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti: Tidak Faham Mak Nyah, Agamawan Gagal Ubah Safiey Ilias

Tertekan dengan golongan agamawan antara punca Safiey Ilias kembali menjadi mak nyah, kata peguam dan aktivis Siti Kasim.

Siti, 53, berkata golongan agamawan terlalu berharap Safiey, atau nama wanitanya Sofea, berubah mendadak menjadi lelaki tanpa menyedari naluri sebenar jutawan kosmetik itu.

“Hatinya hati wanita. Dia tidak boleh jadi lelaki. Ini yang orang tidak faham. Dia dilahirkan begitu.

“Saya fikir dia tertekan dengan agamawan sekelilingnya yang mahu dia menjadi lelaki. Dia rasa tidak gembira menjadi lelaki kerana [sifat] itu bukan dia.

“Dia wanita dari dalam. Apa yang dia lihat bukan diri dia. Itu hanya mengundang rasa ingin membunuh diri dan tertekan,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Sofea, atau asalnya Safiuddin Ilias, awal bulan lalu mengaku kembali dengan identiti transgender selepas terlalu penat dihina dan dikecam walaupun sudah cuba hidup sebagai lelaki.

“Saya sebenarnya sudah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah.

“Sebab apa jua yang saya buat masih ada orang tetap tidak puas hati dan mempertikai.

“Saya jadi pondan orang hina, saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai,” luah Safiey dalam satu coretan di laman Facebook peribadinya.

Siti berkata Safiey kini lebih gembira menjadi diri sendiri dan tidak menerima cacian masyarakat selepas memilih apa yang diingininya.

Pulangnya Safiey ke dunia mak nyah menunjukkan institusi Islam gagal mengembalikan Safiey menjadi lelaki, dakwanya lagi.

“Mereka [agamawan] gagal faham dan gagal menerima terdapat perbezaan jantina yang disebut dalam al-Quran.

“Orang Tabligh ini kena kembali pada al-Quran. Baca Quran, ada jantina ketiga disebut Tuhan.

“Tuhan tidak kejam. Bagaimana Tuhan hendak kejam kepada transgender? Tidak, mereka tidak mahu jadi begitu. Mereka mahu hidup dengan gembira,” kata Siti.

“Kenapa menilai mereka sebaliknya? Biar mereka jadi seperti yang lain. Mereka tidak ganggu sesiapa. Dia [Safiey] kini lebih gembira jadi sendiri. Kita memang tidak boleh ubah mak nyah.”
Powered by Blogger.