F Siti Sarah Terkejut Sudah Ada Kelab Peminat Di Instagram! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Sarah Terkejut Sudah Ada Kelab Peminat Di Instagram!


Wah macam tahu-tahu saja penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini akan masuk ke Gegar Vaganza musim ketiga nanti. Belum bertanding sudah ada kelab peminat di Instagram, @hearty.sarah dengan pengikut seramai 2,700 setakat artikel ini ditulis.

"Perasaan saya bercampur baur, gembira dan pada masa yang sama saya rasa takut juga. Takut dengan harapan orang ramai dan peminat yang terlalu tinggi terhadap saya.

"Walau bagaimanapun, saya akan usaha buat yang terbaik untuk semua yang telah banyak memberikan sokongan terhadap saya sejak diawal pembabitan sebagai penyanyi lagi.

"Untuk peminat boleh ikuti perkembangan saya di sana Instagram @hearty.sarah," ujarnya yang ditemui pada sidang media pengenalan GV3 bertempat di LOL@Live House, TREC Kuala Lumpur.

Kakigosip ucapkan semoga Sarah dapat melakukan yang terbaik pada konsert GV3 nanti. Ehem! Sarah makin cantik, rambut pun dah lurus.
Powered by Blogger.