F Siti Nurhaliza Dominasi Pencalonan Top5 AIM22 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Nurhaliza Dominasi Pencalonan Top5 AIM22

Selepas bertahun-tahun berkerjaya dalam industri muzik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membuktikan beliau masih mampu menarik perhatian panel juri apabila mendominasi senarai pencalonan Top5 Anugerah Industri Muzik ke 22 dengan 7 pencalonan daripada 16 kategori dipertandingkan tahun ini.

Menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged, Siti menerima pencalonan termasuk Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, Siti mendapat dua pencalonan iaitu Jaga Dia Untukku dan Menatap Dalam Mimpi.

Diikuti, penyanyi Faizal Tahir yang mendapat lima pencalonan termasuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik.

Penyanyi muda, SonaOne pula menerima empat pencalonan termasuk dua lagu dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

Sementara itu bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu menyaksikan persaingan sengit nama-nama besar akan berentap bagi kategori ialah Lelaki Akim, Faizal Tahir, Hazama Hazami dan Lah Ahmad. Manakala empat penyanyi wanita yang akan mencabar Datuk Siti Nuhaliza ialah Dayang Nufaizah, Jaclyn Victor, Najwa Mahiaddin dan Nona.

Bagi kategori Artis Baharu Terbaik memperlihatkan persaingan lima penjuru di antara Syamel, Projector Band, Lyia Meta, De Fam dan Bella Nazari.

Syamel turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagunya Hidup Dalam Mati.

Bagi kategori Album Terbaik, calon lain yang turut tercalon adalah Akim & The Majistret (Patriot), Mojo (Nada), Estranged (Sepenuhnya Vol. 1) dan Black (Black).

AIM22 bakal berlangsung pada 18 Disember depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur serentak di ASTRO rIA (sALURAN 104) mAYA hd (saluran 135) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam.

Majlis tersebut akan didahului acara 'Karpet Glamor AIM 22' yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti tanah air menyusuri karpet merah dari jam 8. 30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum acara anugerah berlangsung.
Powered by Blogger.