F Siaran Percuma Astro Fiesta Mulai Esok | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siaran Percuma Astro Fiesta Mulai Esok

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 stesen satelit berbayar iaitu Astro, pelanggan bakal menikmati akses percuma saluran Astro Fiesta (996 dan 988 HD) bermula 11 Oktober sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata, saluran itu bakal menyajikan pelbagai konsert tempatan dan antarabangsa secara ekselusif bagi menghargai jasa dan sokongan pelanggan terhadap Astro sepanjang 20 tahun.

"Astro akan terus komited kepada pelanggan dengan memperkukuhkan lagi perkhidmatan agar kami terus kekal menjadi jenama bernilai.

"Saluran percuma sehingga hujung tahun ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada pelanggan yang terus setia dan menyokong Astro sehingga hari ini.

"Astro Fiesta bakal menyajikan konsert seperti Katy Perry - The Primastic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, MTV World Stage dan banyak lagi," katanya.

Rohana ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-20 Astro yang diadakan di Bukit Jalil di sini, Isnin.

Pada acara itu, pelakon popular Korea Selatan, Kim Rae Won turut membuat kejutan apabila tampil pada majlis itu.

Rae Won yang popular menerusi drama bersiri Doctors di ONE HD (393) sempat meluangkan masa kira-kira 15 minit sebelum berangkat ke Pavilion Kuala Lumpur untuk sesi bertemu peminat.

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis adalah Lisa Surihani, Datuk Aznil Nawawi, Adira, Johan, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Hafiz Suip, Harith Iskander, Vince dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu, Rohana memberitahu  pelanggan dengan sambungan internet pula boleh menikmati OD Fiesta iaitu saluran khas menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia secara percuma.

"Menerusi OD Fiesta mereka hanya perlu sambungkan Personal Video Recorder (PVR) kepada wi-fi rumah untuk menonton.

"Pelbagai program menarik disediakan termasuk siri TV Scarlet Heart, The Hiddens, My Sister, Suri Hati Mr. Pilot, semua filem A-List, 150 pilihan filem Tamil, Celestial dan Citra," katanya.

Dalam perkembangan sama, Rohana berkata, Astro optimis dalam menempuh cabaran dan daya saing menerusi perubahan landskap penyiaran yang semakin bergerak maju.

Katanya, Astro kekal fokus untuk meluaskan capaian pelanggan menerusi pendekatan dua hala iaitu model bayar dan perniagaan percuma dalam meningkat capaian pelanggan sehingga 90 peratus dalam tempoh lima tahun.
Powered by Blogger.