F Shia LaBeouf, Kekasih Kahwin Senyap-Senyap | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shia LaBeouf, Kekasih Kahwin Senyap-Senyap

Pasangan paling kontroversi Hollywood, Shia LaBeouf dan Mia Goth yang sebelum ini pernah memutuskan hubungan mereka dilaporkan akhirnya kini rasmi berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.



Laporan TMZ menyebut, Mia dan bintang Transformers itu mengucap janji suci mereka di Las Vegas. Pasangan ini juga dikatakan memilih kapal Viva Las Vegas, Nevada sebagai tempat berlangsungnya hari bahagia mereka itu.

Berbeza dari biasa, pasangan ini meraikan perkahwinan mereka dengan tema sangat unik. Dengan dekorasi pernikahan mereka pun bertema Hawaiian, majlis pasangan ini dimeriahkan dengan kehadiran cosplay mendiang Elvis, Alice Cooper, tema gangster dan "gladiator".

Suasana majlis tersebut ternyata sangat mencuri perhatian, sekaligus menunjukkan Shia dan Mia mempunyai citarasa yang unik dan berbeda daripada orang-orang kebanyakan.

Disaat rasmi menjadi pasangan suami isteri, Shia dan Mia meraika dengan ciuman, pelukan, dan juga berdansa romantis.

Mia kelihatan cantik meskipun berdandan sangat sederhana. Mengenakan mini dress berwarna putih, pelakon dan model kelahiran British ini pun tetap saja tampil tanpa makeup dan sederhana. Sementara itu, Shia nampak segak dengan sut berwarna hitam.

Shia dan Mia sudah menjalin cinta sejak tahun 2012. Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac lalu. Kedua-duanya mula menjalin cinta selepas dipertemukan di lokasi penggambaran filem Nymphomaniac: Volume II.

Powered by Blogger.