F Shahril Lalas selebriti Dubsmash terbaharu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shahril Lalas selebriti Dubsmash terbaharu

TAHUN lalu, ketika aplikasi Dubsmash mula melanda anak muda Malaysia, muncul beberapa nama yang begitu mendapat perhatian di media sosial seperti Ucop yang ternyata mencuit hati ramai menerusi aksi Dubsmash yang dilakukannya.

Terbaharu, seorang lagi kini dikenali sebagai selebriti Dubsmash iaitu Shahril Lalass. Meskipun masih mengumpul kelompok peminatnya tersendiri, namun jejaka yang berasal dari Johor Bahru ini mula mendapat perhatian ramai apabila memuat naik koleksi Dubsmash di laman Facebook, Instagram dan YouTube.

Malah, videonya juga turut mendapat perhatian selebriti misalnya Fasha Sandha yang turut 'repost' aksi parodi yang dilakukan Shahril di dalam salah sebuah adegan drama lakonan terbaharu aktres tersebut, Lara Aishah.

Video berdurasi lebih empat minit itu menyaksikan Shahril melakukan parodi dalam gaya yang begitu mencuit hati, lengkap dengan pakaian hampir sama di dalam drama tersebut.

Sehingga kini, video yang dimuat naik Fasha di dalam Instagramnya pada 15 September lalu itu sudah pun mendapat lebih 46,000 tontonan dengan 5,250 likes.

Selain itu, video parodinya yang diinspirasikan menerusi filem Maria Mariana turut menerima likes dan share yang tinggi di kalangan pelayar internet.

Terdahulu, Shahril pernah diundang dalam program Selamat Pagi Malaysia pada 8 Oktober lalu untuk segmen Cuit-Cuit yang membicarakan perihal aksi parodi yang dilakukannya kini.

Shahril seperti yang dipetik di dalam laman Faceooknya melahirkan ucapan terima kasih atas gelaran yang diberikan dan setidak-tidaknya apa yang dilakukan mendapat perhatian dari stesen televisyen.

“Setiap seorang dari anda adalah sumber inspirasi untuk saya terus menghiburkan hati orang ramai. Saya amat menghargai setiap satu daripadanya,” ujar Shahril.
Powered by Blogger.