F Setuju Kahwin Kalau Dilamar Atas Gunung Berapi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Setuju Kahwin Kalau Dilamar Atas Gunung Berapi

Selebriti Sandara Park mendedahkan dia tidak akan teragak-agak untuk memberi kata setuju kepada mana-mana jejaka yang ingin mengahwininya dengan syarat lelaki tersebut haruslah melamarnya dalam suasana yang unik dan agak berbahaya.

Baru-baru ini ketika menjalani penggambaran program Battle Trip, anggota kumpulan 2NE1 ini telah menjelajah ke Filipina.

Menariknya, penyanyi berusia 31 tahun ini 'membawa' penonton menyelusuri keindahan gunung berapi paling kecil di dunia, Gunung Berapi Taal yang terletak di Pulau Luzon.

Dalam program itu, Dara mendedahkan selepas sibuk dengan jadual kerja yang padat, dia pasti mencari masa melakukan aktiviti yang diberi nama 'Dara Tour' di melawat ke pelbagai tempat di negara di mana dia dibesarkan.

Ketika mendaki ke puncak Gunung Taal, Sandra mengakui terpesona dengan permandangan di atas gunung itu lantas berkata,

"Saya rasa saya akan segera berkata okay jika ada yang melamar saya di sini," luahnya.

Dara yang sebelum ini pernah tinggal dan membesar di Filipina selama 10 tahun kelihatan tidak kekok malah lagaknya seperti pemandu pelancong yang berpengalaman, sepanjang penggambaran.

Beliau membawa penonton menerokai keindahan Filipina menerusi aktiviti seperti menyelam di Pulau Balicasag.

Ketika sedang menjalani penggambaran program itu, hujan turun dan Sandra mencuri perhatian apabila dia menyanyikan untuk lagu hit 2NE1 berjudul Go Away dengan mengubah sedikit lirik lagu tersebut sekaligus ramai peminat menjangkakan 2NE1 bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Sambil sibuk menjalani penggambaran Battle Trip malah sepanjang berada di Filipina, dia juga diundang sebagai juri untuk sebuah program realiti pencarian bakat.

Penglibatannya dalam program tersebut sekaligus merupakan satu peluang yang baik untuknya, disamping menikmati percutian di luar negara tanpa jadual kerja, ini membuktikan beliau masih mengekalkan populariti beliau yang dikatakan sataraf dengan selebriti terkenal yang juga merupakan hos Running Man, Yoo Jae Suk.
Powered by Blogger.