F Seronok skodeng Fattah dan Neelofa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Seronok skodeng Fattah dan Neelofa

Jumpa lagi kita pada minggu ini. Minggu lalu banyak juga acara hiburan yang Papa sempat intai di ibu negara. Salah satu yang besar tentunya final Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang sudah pun berakhir di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Ramai sekali peminat datang pada malam itu dan artis juga tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan kepada finalis terutama Amir, Amal dan Reshma.

Dalam celahan ratusan penonton yang duduk di tingkat bawah itu, Papa ternampak sepasang pelakon yang kelihatan begitu mesra sepanjang acara berlangsung.

Mereka tidak lain daripada bintang utama siri Suri Hati Mr Pilot iaitu Fattah Amin dan Neelofa. Amboi mereka bukan saja nampak serasi di kaca TV malah di luar set pun mesra semacam saja.

Sejak drama mereka mula viral di laman sosial masing-masing, Papa tengok ramai peminat merestui gandingan mereka itu. Pandai sungguh pengarah Michael Ang.


Tengoklah aksi mereka dalam gambar Papa ini. Ada masa mereka macam serius, ada masa ketawa dan ada juga nampak berbisik-bisik. Papa pun tengok macam sesuai saja Fattah dan Neelofa, maklumlah dua-dua pun solo.

Papa rasa, gosip macam gitu lebih baik daripada Fattah terjebak dengan gosip ‘hubungan songsang’ yang entah apa-apa seperti baru-baru ini. Apa yang jelas, Papa pun suka lakonan Fattah dengan Neelofa dalam drama bersiri itu.
Powered by Blogger.