F Selamat datang Fahad Ibrahim | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selamat datang Fahad Ibrahim

NAD Zainal selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan, di Kuala Lumpur, 11.38 malam tadi.

Nad, 26, berkata bayi lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq itu dilahirkan secara pembedahan.


"Pada mulanya saya berharap dapat bersalin normal tetapi apabila dimaklumkan doktor bayi dalam kandungan hampir lemas, saya terpaksa dibedah.

"Ketika itu memang agak cemas. Cuma apa yang saya boleh lakukan adalah terus berdoa. Alhamdulillah, proses pembedahan hanya dua jam. Apa yang penting bayi saya selamat dan sihat," katanya kepada Harian Metro.


Nad yang juga pelakon filem Juvana 2 & 3 , berkata dia tidak menyangka bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin, 22 Oktober ini.

"Pagi semalam saya pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. Namun doktor memaklumkan saya sudah ada tanda-tanda bersalin. Disebabkan itu saya terus dimasukkan ke wad.

"Tidak menyangka pula saya perlu melalui proses bersalin secara pembedahan," katanya.

Nad atau nama sebenarnya Nadiah Nadhirah Zainal Hassan berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 18 Disember tahun lalu.
Powered by Blogger.