Berita Terkini
recent

Selamat Bersalin: Nad Zainal Berpantang Di Rumah


Tanggal 14 Oktober lalu, jam 11.38 malam, pelakon Nad Zainal telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Fahad Ibrahim bin Muhammad Faliq.  Dan kini Nad sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam temu bual sebelum ini ujar Nad, doktor memberitahu dia sepatutnya bersalin pada 22 Oktober, namun apabila melihat perut yang sudah besar, doktor nasihatkan supaya bersiap sedia.

Ternyata Nad bersalin lebih kurang seminggu awal.

“Saya hanya berharap dapat bersalin secara normal dan anak sihat," jelas Nad lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.