F Selalu Ingatkan Anak-Anak Jangan Hipokrit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selalu Ingatkan Anak-Anak Jangan Hipokrit

Bergelar ibu kepada dua anak perempuan, tiada lain yang sentiasa diharapkan oleh pengacara dan pelakon terkenal Sazzy Falak, 35, selain mahu anak-anak membesar dengan baik.

Memetik laporan Kosmo! bagaimanapun tegas hos program How Do I Look? Asia ini, dia tidak akan pernah menghalang dua zuriat kembarnya yang kini sedang membesar, Tiara Rose dan Iman Lily, 5, untuk bergelumang dalam apa bidang sekalipun, asalkan ia menjurus ke arah positif.

"Saya akui bahawa zaman sudah berubah dan banyak perkara tidak lagi relevan untuk disesuaikan dalam kehidupan hari ini. Sebagai contoh, orang-orang dahulu membesarkan anak mereka dengan banyak larangan. Perkara sebegitu tidak saya amalkan.

"Saya mahu anak-anak saya membesar dengan mengikut kehendak mereka sendiri. Sebagai ibu, saya sentiasa berpesan agar mereka tahu bahawa saya adalah ibu mereka. Kadang-kadang saya juga terlepas pandang atau melakukan kesilapan,” katanya.

Justeru, tiada alasan untuknya tidak memberi kebebasan kepada anak-anaknya dalam menentukan masa depan sendiri kerana dia percaya, setiap anak mempunyai minat dan bakat tersendiri.

"Saya selalu berpesan kepada Tiara dan Iman untuk menjadi diri sendiri. Usah terikut dengan kehendak dan minat rakan-rakan lain. Tiada yang lebih penting dalam hidup melainkan menjadi diri sendiri," tambah isteri kepada perunding kewangan juga personaliti televisyen, Nazril Idrus, ini lagi.
Powered by Blogger.