F Saya Masih Sama - Tasha Shilla | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Masih Sama - Tasha Shilla

Selepas hampir setahun berehat, Tasha Shilla mengakui peristiwa putus cinta serta kontroversi banyak mematangkan dirinya.

Memetik laporan Kosmo! wanita berusia 29 tahun ini menegaskan, dia masih sama seperti dahulu dan tiada perubahan drastik yang berlaku kepada dirinya.

"Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada pengalaman dan semuanya mematangkan saya sebagai seorang individu dan juga anak seni. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku kerana setiap yang ditentukan Tuhan itu pasti ada hikmahnya.

"Saya masih seperti dulu dan tiada apa yang berubah kecuali cara pemikiran. Bukan bermaksud saya tidak berfikir ke arah yang lebih baik tetapi buat masa ini, saya selesa dengan keadaan diri sekarang.

Tambahnya, kini dia sentiasa muhasabah diri dan tidak cepat menuding jari kepada orang lain.

"Saya mengaku salah silap dan jika perlu meminta maaf, saya akan melakukannya tanpa sebarang paksaan.
"Bagi saya, buat apa hendak berpura-pura menjadi seorang kononnya suci jika hakikatnya kita sebagai manusia memang tidak sempurna. Sekarang setiap apa dilakukan, saya akan tetapkan niat kerana Allah,"

Masih menutup pintu hatinya untuk kembali bercinta, dia kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Diari Cinta Kita dan akan terlibat dengan pementasan teater Putera La Galigo pada bulan Disember depan.

Powered by Blogger.