F Saya Ditumbuk, Disepak Teranjang - Bekas Suami Elly Mazlein | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Saya Ditumbuk, Disepak Teranjang - Bekas Suami Elly Mazlein

Disebabkan tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein, akhirnya pengarah drama Azmi Hatta tampil mendedahkan penceraian dia dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.

Laporan mStar online menyebut, Azmi atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata, 41, mengakui dek kerana sikap tersebut juga membuatkan dia berubah hati terhadap pelakon wanita itu sehingga dia mengambil jalan untuk berpisah.

"Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

"Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

"Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nellydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama," ujarnya sekaligus menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Dalam pada itu, Azmi berkata, pertengkaran demi pertengkaran berlaku sehinggalah Elly melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadapnya dalam tempoh mereka berkahwin.

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nellydia," ujarnya.

Katanya lagi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selepas jalan itu difikirkan paling terbaik dan dicadangkan sendiri oleh bapa Elly.

Dalam pada itu, Azmi berkata dia akan bertemu anak perempuannya itu jika Elly berubah sikap dan menerima kenyataan.

Pengarah itu sebelum ini, pernah berumahtangga dengan seorang wanita Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

InstaForex

Powered by Blogger.