F Sanggup Ada Anak Demi Selamatkan Rumah Tangga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sanggup Ada Anak Demi Selamatkan Rumah Tangga

Pengendali rancangan televisyen popular dan pelakon suara latar, Ellen DeGeneres yang sebelum ini mengaku lebih gembira tanpa anak yang mengganggu kehidupan seharian, dilaporkan mengubah fikiran untuk menyelamatkan perkahwinan dengan pasangannya, Portia de Rossi.

Hos program bual bicara berusia 58 tahun yang sedang berdepan kemelut rumah tangga itu berharap dengan kehadiran anak, akan mengakhiri masalah mereka, lapor Ace Showbiz.

"Pasangan itu cuba menyelamatkan perkahwinan mereka kerana berulang kali diheret ke ambang perceraian membabitkan AS$220 juta (RM910 juta). Ellen sedar ia berisiko, tetapi beliau benar-benar cintakan Portia dan mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Satu daripada isu paling besar dalam perkahwinan mereka adalah pandangan yang ketara berbeza mengenai keluarga. Portia sering mengimpikan untuk menjadi seorang ibu, sebaliknya Ellen langsung tidak membenarkan kanak-kanak di kediaman mereka di Beverly Hills," kata satu sumber.

Menurut sumber, DeGeneres dan Rossi sering bertengkar sebelum pelawak itu yakin bahawa anak adalah satu-satunya cara untuk memastikan isterinya gembira dan terkawal."

"Satu-satunya perkara yang perlu diselesaikan sekarang adalah sama ada mereka akan menerima akan mengambil anak angkat atau menggunakan ibu tumpang," tambah sumber itu.
Powered by Blogger.