F Sam, Syatilla Bakal Timang Anak Sulung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sam, Syatilla Bakal Timang Anak Sulung

Pelakon Shaheizy Sam, 34, mengesahkan isterinya Syatilla Melvin kini hamil.

Kosmo! melaporkan Sam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya perkara tersebut.

"Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling.

"Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal

"Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua," jelasnya sambil memberitahu perkara berkenaan hanya diketahuinya selepas membuat pemeriksaan kehamilan di hospital dua minggu lalu.

Sam, dan Syatilla, 25, selamat bernikah pada 8 Februari 2016. Perkahwinan pasangan selebriti ini juga disebut sebagai 'Wedding of The Year' selepas mendapat jumlah tajaan berjumlah RM25 juta.
Powered by Blogger.