F Salleh: Muhyiddin buat silap besar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Salleh: Muhyiddin buat silap besar

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati bahawa apa yang dikatakannya pada masa lalu dan apa yang dikatakannya sekarang akan dibangkitkan dan percanggahan di antara 'dahulu dan sekarang' pastinya sangat ketara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata‎, jika Muhyiddin fikir orang akan lupa tentang apa yang dikatakan dahulu dan percanggahannya dengan apa yang dikatakan sekarang maka, beliau tersilap besar.  

Dengan zaman internet atau era media sosial, katanya orang akan ingat tentang apa yang dikatakan Muhyiddin walaupun selepas beberapa dekad berlalu - dan jika tidak ingat, mereka boleh menyelidik dan mengetahuinya.

"Jadi, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan apa yang anda katakan, tetapi anda harus ingat apa yang anda katakan pada masa lalu.

"Calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini dan sekarang, beliau terpaksa memohon maaf atas apa yang dikatakannya pada masa lalu, yang kini menjejaskan kempennya," kata Salleh menerusi posting terbaharu dalam blog beliau hari ini.
Powered by Blogger.