F Saiful Apek Kini Aktif Sebagai Panel Forum Agama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saiful Apek Kini Aktif Sebagai Panel Forum Agama

Berikutan beliau seringkali dijemput mengadakan ceramah dalam forum agama di surau dan masjid sekitar ibu kota kebelakangan ini, lantas telah memberikan galakkan kepada Saiful Apek untuk lebih mendalami ilmu agama.

Memetik laporan mStar online, pelawak berusia 47 tahun ini berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

"Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.

"Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama," ujarnya

Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun beliau lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan.

"Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.

"Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam," ujarnya.

Mengenai perkembangan seni, Apek bakal menjadi juri dalam program realiti Lawak Solo yang bersiaran setiap Jumaat, bermula 21 Oktober ini, pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132). Selain, dia juga terlibat  dalam filem KL Vampire dan Ajib Is Back.
Powered by Blogger.