F Saharul Ridzwan Bongkak dengan pelakon veteran? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan Bongkak dengan pelakon veteran?

Pelik betul dengan sikap sombong artis baru terhadap artis lama ia seolah-olah menjadi amalan harian dalam industri.

Semakin lama semakin geram pula Kakigosip dengar mengenai sikap seperti itu.

Terbaru, dakwaan pelakon lelaki popular Saharul Ridzwan yang bersikap sombong dan bongkak dengan pelakon veteran.

Kata sumber yang bercerita, pelakon itu bukan saja tidak bertegur sapa, malah langsung tidak menunjukkan rasa hormat apabila pelakon veteran yang berpangkat Datuk itu kebetulan berjalan dan duduk di sebelahnya.

Nak kata pelakon veteran itu tak popular, rasanya sudah beratus drama dan puluhan filem dibintangi, mustahil Saharul tidak kenal langsung.


Sebagai orang muda, bukankah adat Melayu kena bertegur sapa dan hormat orang yang lebih berusia? Malah sudah tercatat dalam adab berbudi bahasa yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Sumber Kakigosip berkata, artis veteran itu tidaklah kemaruk sangat minta dihormati tapi sebagai orang yang lama makan garam, dia sendiri tidak pernah bersikap sombong dengan artis veteran sebelumnya dulu.

Kalau dibandingkan artis baru dulu, mereka sangat menghormati artis veteran dan andai ternampak dari jauh, mereka sanggup berlari untuk bertemu dan bersalam sebagai tanda hormat.

Jauh berbeza dengan artis zaman sekarang, walaupun duduk sebelah kerusi sekalipun, jangankan bersalam senyum pun sangat susah nak diberikan kepada artis veteran.

Apabila difikirkan semula, patutlah pengarah filem Mat Moto Otai, Ahmad Idham pernah bagi kenyataan yang pedih minggu lalu.

Tatkala ditanya teman Kakigosip kenapa tidak ambil pelakon baru popular menjadi tonggak utama filem terbaru, dia berkata, sebab pelakon baru popular tiada disiplin.

Kakigosip harap selain Saharul, pelakon lain yang sedang popular dan hangat di pasaran, jangan terlalu bangga dengan pencapaian sedia ada.

Kalau setakat satu dua drama TV yang meletup dan mempunyai pengikut laman sosial mencecah ratusan ribu atau jutaan, ia belum cukup membuktikan budi bahasa yang satu itu boleh diwarisi.
Powered by Blogger.