F Roslan Shah Trauma Dirompak, Kerugian RM5,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Roslan Shah Trauma Dirompak, Kerugian RM5,000


Pengacara Roslan Shah mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas sebuah beg miliknya yang diletakkan di dalam kereta dirompak pada malam Isnin.

Roslan, 46, berkata, kejadian berlaku ketika dia meletakkan keretanya di sebuah restoran makanan segera di Taman Melati dekat sini untuk bertemu rakannya sejurus tiba dari Singapura.

"Saya terkejut dan sedih apabila barang-barang berharga seperti tali pinggang Louis Vuitton, dua cincin emas putih, empat utas jam tangan berjenama dan pakaian yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM5,000 dicuri.

"Saya letak beg berkenaan dalam but kereta kerana tidak sempat pulang ke rumah dan perlu menghadiri mesyuarat sejurus tiba dari Singapura," katanya..

Jelas Roslan lagi, dia hanya menyedari beg miliknya itu hilang ketika tiba di rumah rakannya untuk menghantar makanan dipesan.


Katanya, dia panik apabila melihat beg tersebut tiada di dalam but kereta dan mengambil keputusan berpatah balik ke restoran makanan segera itu.

"Nasib baik masa saya patah balik, rakan-rakan saya masih berada di sana dan mereka tolong hubungi polis dan cuba semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

"Bagaimanapun malangnya CCTV tidak diletakkan ditempat letak kereta untuk melihat pelaku yang mencuri barang saya," ujarnya.

Roslan berkata, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dekat sini pada malam kejadian.

"Alhamdulillah polis yang datang ke tempat kejadian banyak membantu dan mengesyaki penjenayah menaiki kereta dan bukan bersendirian," katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihak polis ada memberitahunya lokasi berkenaan memang menjadi tumpuan kejadian rompak dan samun.

"Saya memang trauma tetapi reda dengan insiden berkenaan dan menganggap barang-barang itu bukan rezeki saya.

"Polis pun ada beritahu lokasi itu memang tumpuan penyamun dan berharap orang ramai lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Powered by Blogger.