F Rogol anak tiri dalam ladang kelapa sawit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rogol anak tiri dalam ladang kelapa sawit

Seorang lelaki mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dalam ladang kelapa sawit.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu dituduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan antara jam 10 hingga 10.30 malam, 6 Mac lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di Pahi, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa di hadapan Hakim, Nazri Ismail. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta minimum 10 rotan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Fahrul Razi memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh berikutan tuduhan serius yang dihadapi.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Sementara tertuduh akan ditahan sehingga tarikh sebutan semula susulan tiada jaminan dibenarkan hakim.
Powered by Blogger.