F Rihanna & Drake Setuju Jalin Hubungan Secara Terbuka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rihanna & Drake Setuju Jalin Hubungan Secara Terbuka

PASANGAN penyanyi Rihanna dan Drake dilaporkan tidak lagi bersama sebagai kekasih apabila masing-masing bersetuju untuk menjalin hubungan secara terbuka.

E Online melaporkan mereka 'berehat' daripada hubungan serius itu kerana ingin memberi peluang bertemu dengan orang lain memandangkan mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.

"Mereka bukan lagi pasangan yang komited terhadap hubungan tetapi masih menyayangi antara satu sama lain.

"cuma jadual mereka yang padat membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan secara terbuka dan membenarkan masing-masing bertemu dengan orang lain," kata sumber.

Sebelum ini, Rihanna dan Drake mendedahkan mereka mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai lalu selepas banyak menghabiskan masa bersama ekoran lagu duet mereka, Work menjadi popular.


Malah Drake sering mencul pada konsert jelajah Rihanna di seluruh dunia bagi menemani penyanyi itu dan membuat persembahan bersama-samanya.

Drake juga mengejutkan peminat apabila secara terbuka melahirkan rasa cintanya terhadap Rihanna ketika hadir pada acara Anugerah MTV baru-baru ini.
Powered by Blogger.