F Resah Gara-gara Gosip D.O Bakal Tinggalkan EXO | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Resah Gara-gara Gosip D.O Bakal Tinggalkan EXO

Sebilangan besar peminat kumpulan terhangat, EXO, resah dan terkejut berikutan khabar mengenai salah seorang daripada anggota kesayangan mereka iaitu, D.O, dikatakan bakal meninggalkan kumpulan itu.

Khabar angin itu mula timbul sejak September lalu ekoran D.O yang tidak menyertai anggota lain pulang ke Korea selepas selesai mengadakan konsert di Jepun.

Dalam bulan yang sama, D.0 juga tidak muncul untuk mempromosikan sebuah iklan. Bagaimanapun tiada pemberitahuan rasmi dari pihak pengurusannya SM Entertainment mengenai ketiadaan penyanyi itu.

Spekulasi terus timbul apabila bintang berusia 23 tahun itu tidak mengikuti bengkel bersama artis-artis SM Entertainment yang lain, yang diadakan di di Hawaii baru-baru ini.

Segelintir peminat mendakwa, idola mereka itu dipercayai meluangkan masa bersama kenalan-kenalan aktornya.

"(D.O) Sibuk pergi minum bersama aktor-aktor yang dikenalinya dan menjadikan dunia lakonan sebagai keutamaannya," komen salah seorang peminat.

Juga dikhabarkan D.0 tidak terlibat dengan sebarang jadual persembahan juga aktiviti nyanyian dalam bulan Oktober ini.

Sementara itu, netizen lain membandingkan situasi D.O, yang dianggap hampir sama dengan bekas anggota kumpulan Super Junior, Kibum. Terdahulu, kekerapan Kibum tidak turut serta dalam jadual aktiviti bersama anggota lain pernah menjadi isu dan akhirnya ternyata dia sebenarnya terpaksa keluar dari kumpulannya.

Netizen juga mendakwa dek kerana bakat D.0 dalam lakonan semakin menyerlah, maka dia lebih memilih untuk lebih aktif dalam lapangan lakonan.

D.0 atau nama sebenarnya Do Kyung Soo, merupakan antara anggota yang dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai suara lunak. Dia semakin meraih populariti sekaligus mencuri tumpuan dalam bidang lakonan menerusi drama seperti Its Okay, Its Love dan Hello Monster. Sejak itu, dia merupakan antara bintang muda yang menjadi rebutan ramai produser dan pengarah.

Terbaharu, dia bakal muncu menerusi filem Pure Love, bergandingan dengan aktres popular dari China. Juga satu lagi filem berjudul Brother. Selain dia turut membintangi drama terbaharu, Positive Physique.

Selain D.0, kumpulan EXO dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, Kai dan Sehun.

Terdahulu, EXO pernah menimbulkan kontroversi berikutan tiga lagi anggota yang berasal dari China iaitu Tao, Luhan dan Kris yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan skaligus menamatkan kontrak.

Powered by Blogger.