F Redha Wakili Malaysia ke Anugerah Akademi di US | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Redha Wakili Malaysia ke Anugerah Akademi di US

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) secara rasminya memilih filem Redha untuk dipertandingkan dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik pada Anugerah Akademi 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Kosmo! berita mengenai pencalonan filem arahan Tunku Mona Riza Tunku Khalid itu dikongsi oleh Finas menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

Menurut Tunku Mona, pencalonan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya meskipun filem berkenaan hanya mendapat kutipan sebanyak RM500,000 di pawagam selepas ditayangkan pada 14 April lalu.

"Berita tersebut diberitahu oleh suami dan pastinya saya berasa gembira, bersyukur serta teruja kerana tidak menjangka perkara itu akan berlaku.

"Pencalonan itu juga seperti satu penghormatan setelah usa­ha keras saya membuat kajian selama dua tahun mengenai kehidupan kanak-kanak autisme membuahkan hasil positif,” katanya.

Redha menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme.
Powered by Blogger.