F Rakyat dibebani GST sebab hutang negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rakyat dibebani GST sebab hutang negara

Rakyat tidak akan dibebani dengan GST jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, memang GST menjadi penyelamat ekonomi kini dan kerajaan menggunakan GST sebagai medium untuk memastikan rakyat dapat membantu menyelesaikan hutang negara yang banyak.

“Memang GST penyelamat ekonomi yang telah lumpuh akibat daripada tangan ganas pemimpin BN itu sendiri. Kini kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bantu dengan cara memperkenalkan GST, naikkan harga minyak, harga tol. Dengan ini menunjukkan bahawa rakyatlah terpaksa menanggung hutang Negara yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menolak cadangan pengurangan cukai GST daripada enam kepada tiga peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, negara tidak sepatutnya berhutang dan GST tidak wujud, sekali gus rakyat akan hidup dalam keadaan baik tanpa sebarang tekanan daripada kenaikan harga barang dan pelbagai lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri berkata, sebelum ini seorang menteri pernah berkata, GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang, malah harga akan turun, jauh lebih murah daripada kini.

“Apakah barang yang akan turun harga itu, senaraikan kepada kami. Sampai sekarang kita tidak jumpa lagi barang turun harga, malah harga lebih meningkat lagi.  Kita tidak menentang cukai, cukai dikenakan pada barang tertentu dan pada tempat tertentu yang eksklusif. Restoran besar yang mana dikunjungi orang kaya, itu adil bagi mereka yang ada lebihan perbelanjaan.

"Tetapi GST yang diperkenalkan dikenakan kepada semua rakyat. Maka ini adalah cukup tidak adil. Jika mereka kata GST itu penyelamat, ia mesti dibaca dengan maksud bukan penyelamat sebenar, tetap penyelamat kepada ekonomi yang merudum,” katanya.
Powered by Blogger.