F Rakaman Myvi diseret treler viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rakaman Myvi diseret treler viral

Rakaman sebuah kereta Perodua Myvi diseret treler menjadi viral hari ini di laman Facebook.

Menurut sebuah perkongsian, kejadian didakwa berlaku di persimpangan keluar Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).

Rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan treler tersebut menyeret Myvi berkenaan sejauh kira-kira 100 meter.

Laporan sebuah portal berita tempatan pula mengatakan Myvi berkenaan cuba memintas treler terbabit dari sebelah kiri.

Laluan yang semakin mengecil menyebabkan Myvi berkenaan bergesel dengan treler berkenaan dan diseret dalam keadaan melintang.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kes masih disiasat polis.
Powered by Blogger.