F Radhi OAG Selamat Timang Anak Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Radhi OAG Selamat Timang Anak Lelaki


Tahniah Kakigosip ucapkan buat pasangan Radhi OAG dan isteri kerana selamat menimang cahaya mata lelaki pada awal pagi Sabtu lalu, sekitar jam 2.40 pagi.

Berita itu disahkan sendiri oleh Radhi menerusi akaun Instagramnya dengan melahirkan rasa syukur.

"Alhamdulillah... #MuhammadMuhammadRadhi Selamat #Bismillahirahmannirahim Amin," coretnya.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Aisyah, 2 tahun.

Manakala perkahwinan terdahulu dengan bekas isteri Shazlin Shari, mereka dikurniakan zuriat anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim, 11 tahun.
Powered by Blogger.