F POPLOOK perkenal koleksi Occasion | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

POPLOOK perkenal koleksi Occasion

POPLOOK telah melancarkan koleksi eksklusifnya iaitu Occasion khusus kepada peminat fesyen yang inginkan kelainan dalam mengayakan rekaan terkini.

Menampilkan rekaan klasik dan istimewa dengan tambahan perincian seperti bow, lace dan manik kristal pastinya menjanjikan penampilan lebih anggun dan menarik kepada si pemakai.

Apa yang menariknya mengenai koleksi Occasion ini berbanding koleksi lain adalah fabrik yang digunakan berkualiti tinggi. Contohnya dari material duchess satin, tweed, fine tweed, satin silk dengan lining yang sangat selesa.

Di samping itu, rekaan dari koleksi Occasion ini juga lebih menyerlah dari aspek rekaannya kerana menekankan aspek kekemasan yang terperinci.

Malah peminat fesyen ini juga berpeluang untuk mengayakan dengan pelbagai pilihan warna pastel dan terang serta sesuai untuk semua lapisan umur. Selain penggunaan warna pastel dan terang, skirt yang bermotifkan bunga turut diketengahkan.

Memahami bahawa peminat fesyen terdiri daripada pelbagai kaum, POPLOOK optimis menghasilkan rekaan jubah, blaus, skirt, jaket dan seluar yang boleh dipadankan dengan pelbagai gaya. Ia tidak hanya terhad pada acara formal sahaja tetapi boleh juga digayakan secara santai.

Terpulang kepada pilihan gaya si pemakai.

Paling mendapat sambutan setakat ini adalah Tetty Tweed Jacket kerana ia bukan hanya koleksi terbaharu tetapi yang paling penting menutup aurat dan sesuai buat hijabista di luar sana.

Saiz yang terdapat dalam koleksi ini adalah dari XS hingga 4XL. Jadi semestinya peminat fesyen tidak perlu risau untuk bergaya. Apa yang penting koleksi Occasion ini mesra Muslimah.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi ini boleh dapatkannya melalui laman web www.poplook.com pada harga sekitar RM89 hingga RM149.
Powered by Blogger.