F Pindaan RUU 355, parlimen bukan tempatnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pindaan RUU 355, parlimen bukan tempatnya

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan sama ada pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikut cara yang betul.

Menurut beliau, agama adalah hak negeri dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

“Apakah RUU ini layak dibawa ke Parlimen? Perkara ini mesti mendapat persetujuan raja terlebih dahulu.

"Jadi saya takut ia tak ikut cara itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu mesti dibawa ke peringkat negeri dan sekiranya tidak, ia dianggap tidak berperlembagaan kerana agama adalah hak raja.

“Saya nak minta penjelasan sama ada RUU ini layak dibawa masuk ke Parlimen kerana Parlimen bukan tempatnya,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, perkara ini mesti dibentangkan ke Majlis Raja-raja dan sekiranya diperkenankan barulah boleh dibawa ke peringkat Parlimen.

“Kalau hak raja, mesti dibawa ke peringkat negeri, berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri, dan dengan raja sendiri. Kalau nak bawa ke peringkat Parlimen itu soal lain,” katanya.   Menurutnya, beliau tidak menentang pindaan RUU itu cuma mahukan penjelasan mengenainya.

"Saya rasa semua orang nak tahu. Bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli parlimen, tetapi rakyat sendiri kerana perkara ini berkaitan dengan agama,” katanya.
Powered by Blogger.