F Pesanan khas untuk Chong Wei | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pesanan khas untuk Chong Wei


TERUSKAN berjuang mengharumkan nama negara adalah pesanan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berkata, Mohd Khalil menyampaikan pesanan itu kepadanya ketika menyampaikan Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira kepadanya di Melaka, hari ini.

Beliau berkata pesanan dan anugerah itu menaikkan semangat kepadanya bagi berjuang untuk negara terutama ketika menyertai kejohanan Terbuka Denmark dan Perancis selepas ini.

"Terima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pingat ini dan ia meningkatkan lagi semangat saya untuk terus cuba melakukan yang terbaik di samping tidak mudah berputus asa. Malam ini saya akan bertolak ke Denmark untuk menyertai kejohanan itu," katanya.  

Beliau ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
Powered by Blogger.